-->

★ Jalan Akhir Al-Ahmad NurAlif ★

Little Thing,

Assalamualaikum,

Bismillahhirahmannirahim,
    Harini punya post, alang-ii takda benda nak buat, tuan punya ini tempat nak kongsi sedikit, ia nya ilmu, dan juga amalan. Ilmu tanpa amal ibarat kulit tiada isi, Amal tanpa ilmu pon sama. Ilmu nie aku panggil ilmu menaikkan wajah tubuh, haa. Wajah itu nur, nur itu cahaya, so ilmu menaikkan cahaya badan. Ini just menampakan nur pada tubuh korang nampak bersinar je, kiranya bagi badan yg zahir nie bersinar, nak naik kan nur batin carik lah berguru :P

     Aku dah recheck, dia tak guna khadam, jin, syaitan dan sewaktu dengan nya, hanya potongan ayat al quran. Kalau ilmu yang ada khadam takpe, masih tidak menjadi syirik. Syirik jika khadam itu yang kawal kita,bukan kita yang kawal dia, kita sanjung dan sujud pada kuasa khadam tersebut. Yang berkuasa hanya Allah semata mata.Bahaya guna khadam kalau tak kuat nak control khadam tu, dapat khadam keturunan malaikat takpe lah jugak, kalau sebaliknya, haaaa o.O

  • Okey, berhenti membebel,

  •       "Bismillahhirahmannirahim, robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai'in qadir. (At-tahrim:8)"

  • Maksudnya,

  •      "Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

     Niatkan lah dalam hati atas segala sesuatu semata mata Allah jua, Niatkan Allah naikan aura sinar badan kita. Ingat ! Niat harus betul hanya untuk menaikkan cahaya pada badan kita, bukan untuk menunjuk dan bangga yang kita punya badan bersinar supaya nak bagi orang melekat dekat kita. lakukan  tiap kali nak menyisir rambut, basuh muka lagi bagus buat masa mandi.

Cara dia senang:
      1.Sebaiknya lakukan ketika mandi biasa atau mandi junub,lebih afdal niatkan mandi junub, kerana ketika mandi lah waktu air dibasuh dari rambut sampai kaki.(melainkan si mandi kerbau)
     2. Pada tujuh jirusan pertama ketika mandi kita kena buat, 
     3.Jirusan pertama,Tarik nafas sehalus dan dalam yang mungkin, jirus air atas kepala perlahan-ii sambil baca surah At-tahrim:8.
     4.Sesudah jirus perlahan-ii sambil baca, jangan lepas nafas lagi, masih dalam keadaan tahan nafas, guyurkan air ,rata kan air tu sampai ke kaki. Barulah lepas kan nafas dengan mengdongaknkan kepala ke atas, lepas nafas ke atas, jangan lepas ke arah badan.
     5. Jirusan kedua sampai ketujuh buat tatarcara yang sama. Complete 7jirusan barulah mandi macam biasa.

     Haaaa, barulah korang mandi tak mandi kosong, biar hidup seharian kita penuh dengan zikir, sentiasa ingat Allah. Baru lah dikatakan satu kehidupan. Nie boleh dikatakan dalam kategori ilmu mahabbah (pengasih) yang ni jelah yang selamat dikongsi. Yang lain bahaya, nanti ada yang salah guna. Aku jugak yang susah..


  • Lebih afdal sebelum memulakan apa-ii amalan hadiahkan al fatihah pada.

  • 1.Nabi Muhammad s.a.w
    2.Nabi Allah khidir
    3. Empat sahabat dan Empat Malaikat,(sebut nama mereka)
    4, Wali allah, Wali 9 (jika tahu nama,sebut nama mereka)
    5. Ibubapa (lebih afdal sebut nama mereka)
    6. Keturunan, seluruh keluarga
    7. Diri sendiri
    8. Lain-ii jika perlu dan sebutkan nama mereka


    Ingat, bahawa segala amal ilmu perlu berusaha, bersungguh sungguh,niat yang betul,berserah segala kepadaNya.Kalau sesuatu tak menjadi tu, adalah yang tak kena. Segala sesuatu terjadi atas izin Allah . Sekian`~

Posted by Unknown at 5:45 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pendek kata, 1000 makna

Assalamualaikum,

     Sekian lama Dah lama tak mengetype dekat sini, malas nak berfikir -, -  tuan blog buzy sebenarnya, busy melengkor.. Dekat sini, harini, pada tarikh ini, ingin aku kongsikan sedikit lah, sikit je, satu kalimah yang sering digunakan , lagi-ii dengar khabar berita orang wafat. Haaaa

     Aku saja nak menerapkan dekat sini, maksud dia yang orang-ii biasa selalu sebut tapi tak fikir mendalam dengan maksud kalimah tersebut.

  • "Innalillahi Wainna Alayhi Roji'Un"

  • Macam yang orang kata,  dia boleh disebut walaupun bukan bila sahaja ada kewafatan seseorang. Seperti mana maksud nya:
    "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
        
  • Bila aku dengar orang sebut kalimah tu, aku nak je cakap, sedar pon diri kau kepunyaan allah, bukan apa,  aku nak mendalamkan lagi maksud dia. Sebagai singkatan "Dari Allah kami datang, kepada Allah kita pulang"
  •     
  • Dalam maksud yang tadi, berkata "kami kepunyaan Allah" tapi kenapa masih ada yang mengaku segala daya, kuasa dan pergerakan itu mereka yang buat. Kalau dah tahu yang kita kepunyaan Allah, maka berserah lah kepada Allah, Mati lah sebelum dimatikan, dah tak payah mengaku segala sesuatu yang kita lakukan memang bukan kerja kita. Kerja kita hanya mengikut..

     Dan disitu jua ada berkata kepada Allah jua kamu pulang, terang-ii dia kata kepada allah yang harus kita pulang, jadi sekarang? Kemana yang sepatutnya kita pulang? Kalimah yang pendek dan ringkas mempunyai ibarat 1000 makna kalau difahamkan dlam lagi.
     Ingatlah, bahawa, kita hanya yang mati, tiada daya dan kuasa pada kita,  semata-ii Allah. Segala sesuatu yang terjadi, perbuatan atas izin allah jua. Sama macam bermaksiat. Memang Allah izin kan kita bergerak untuk buat maksiat kan? Kalau tak memang dah lama takda maksiat dekat bumi ni,  Ibarat Allah berkata

"
buatlah maksiat sepuas-ii, aku izinkan, tp ingatlah neraka tak pernah kenyang menelan insan seperti kamu dan sentiasa menunggu insan seperti kamu dihumban kedalam nya."

     Kata-ii tu ibarat kan je , :) maka faham kan lah, ia bagus kalau ditimpa musibah jugak sebut kalimah tu, sebab bagi menyedarkan bahawa kita ini milik Allah sepenuhnya. Cuma yang maksud yang berkata "Kepada Allah jua Kamu pulang" cuba lah berfikir, jangan hanya guna akal, guna iman guna la hati. Atau tanya pada guru yang mursyid kalau diizinkan berjumpa.

Posted by Unknown at 4:10 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Al-Ahmad Nuralif

Al-Ahmad Nuralif
  • Given Ahmad Muhaimin, Al-AhmadNurAlif Laela,,
  • 1997,Mencari Agama(Jalan)pada 2011,tahun 2013 mula sebenar benar jalan yang akan berbentuk satu Pohon Berbuah dan Berbunga Sempurna..
  • Hanya Allah dan Muhammad semata mata
  • Awaludin Makrifatullah akan aku cecah pada Martabat.

Blog Archive

  • ▼  2013 (24)
    • ►  December (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ▼  May (2)
      • Little Thing,
      • Pendek kata, 1000 makna
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (11)

Hakikat Fiqh

Hakikat Fiqh
  • Fiqh dan Hakikat sememangnya jauh berbeza, tapi kami duduk di bawah satu cerita,bercabang berjuta tapi menuju tetap pada yang Esa.

Hakikat (Click For Muqadimah)

Hakikat (Click For Muqadimah)

Asma Al-Muhaimin

Asma Al-Muhaimin

7th AsmaWaSifat

7th AsmaWaSifat

4 Asma Wa Sifat

4 Asma Wa Sifat

Asma Suraya

Asma Suraya

Asma MS

Asma MS

Asma 7th MS

Asma 7th MS

Asma Ameera

Asma Ameera

Asma Tiara

Asma Tiara

Asma Amy Athirah

Asma Amy Athirah

Asma Ridzuan

Asma Ridzuan

Asma Asyraf

Asma Asyraf

Asma Farhin

Asma Farhin

Asma Hidayah

Asma Hidayah

Asma Suhadi

Asma Suhadi

Asma Aqilah

Asma Aqilah

Asma Laduni

Asma Laduni





 Silentser.
Al_Insanur. Powered by Blogger.
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}