Assalamualaikum,
Bismillahhirahmannirahim,
Harini punya post, alang-ii takda benda nak buat, tuan punya ini tempat nak kongsi sedikit, ia nya ilmu, dan juga amalan. Ilmu tanpa amal ibarat kulit tiada isi, Amal tanpa ilmu pon sama. Ilmu nie aku panggil ilmu menaikkan wajah tubuh, haa. Wajah itu nur, nur itu cahaya, so ilmu menaikkan cahaya badan. Ini just menampakan nur pada tubuh korang nampak bersinar je, kiranya bagi badan yg zahir nie bersinar, nak naik kan nur batin carik lah berguru :P
Aku dah recheck, dia tak guna khadam, jin, syaitan dan sewaktu dengan nya, hanya potongan ayat al quran. Kalau ilmu yang ada khadam takpe, masih tidak menjadi syirik. Syirik jika khadam itu yang kawal kita,bukan kita yang kawal dia, kita sanjung dan sujud pada kuasa khadam tersebut. Yang berkuasa hanya Allah semata mata.Bahaya guna khadam kalau tak kuat nak control khadam tu, dapat khadam keturunan malaikat takpe lah jugak, kalau sebaliknya, haaaa o.O
- Okey, berhenti membebel,
- Maksudnya,
"Bismillahhirahmannirahim, robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai'in qadir. (At-tahrim:8)"
"Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"
Niatkan lah dalam hati atas segala sesuatu semata mata Allah jua, Niatkan Allah naikan aura sinar badan kita. Ingat ! Niat harus betul hanya untuk menaikkan cahaya pada badan kita, bukan untuk menunjuk dan bangga yang kita punya badan bersinar supaya nak bagi orang melekat dekat kita. lakukan tiap kali nak menyisir rambut, basuh muka lagi bagus buat masa mandi.
Cara dia senang:
1.Sebaiknya lakukan ketika mandi biasa atau mandi junub,lebih afdal niatkan mandi junub, kerana ketika mandi lah waktu air dibasuh dari rambut sampai kaki.(melainkan si mandi kerbau)
2. Pada tujuh jirusan pertama ketika mandi kita kena buat,
3.Jirusan pertama,Tarik nafas sehalus dan dalam yang mungkin, jirus air atas kepala perlahan-ii sambil baca surah At-tahrim:8.
4.Sesudah jirus perlahan-ii sambil baca, jangan lepas nafas lagi, masih dalam keadaan tahan nafas, guyurkan air ,rata kan air tu sampai ke kaki. Barulah lepas kan nafas dengan mengdongaknkan kepala ke atas, lepas nafas ke atas, jangan lepas ke arah badan.
5. Jirusan kedua sampai ketujuh buat tatarcara yang sama. Complete 7jirusan barulah mandi macam biasa.
Haaaa, barulah korang mandi tak mandi kosong, biar hidup seharian kita penuh dengan zikir, sentiasa ingat Allah. Baru lah dikatakan satu kehidupan. Nie boleh dikatakan dalam kategori ilmu mahabbah (pengasih) yang ni jelah yang selamat dikongsi. Yang lain bahaya, nanti ada yang salah guna. Aku jugak yang susah..
1.Nabi Muhammad s.a.w
2.Nabi Allah khidir
3. Empat sahabat dan Empat Malaikat,(sebut nama mereka)
4, Wali allah, Wali 9 (jika tahu nama,sebut nama mereka)
5. Ibubapa (lebih afdal sebut nama mereka)
6. Keturunan, seluruh keluarga
7. Diri sendiri
8. Lain-ii jika perlu dan sebutkan nama mereka
Ingat, bahawa segala amal ilmu perlu berusaha, bersungguh sungguh,niat yang betul,berserah segala kepadaNya.Kalau sesuatu tak menjadi tu, adalah yang tak kena. Segala sesuatu terjadi atas izin Allah . Sekian`~