Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim,
bahawa yang sedia kita maklum, puasa dah nak pon dekat. Alhamdulillah, orang-ii yang menjihad suka bulan ramadhan nie. Berkat dia tak terkata kan, lagi-ii yang beramal dengan latihan, lagi lah mujarab insyaallah jugak cepat sebati. Haa harini nak aku kongsikan sedikit .
- 1."Waidza Bathostum Bathustum Jabbarin"
Sedia maklum dia boleh menguatkan tumbukan,
Cara dia simple, selama 40hari, tiap kali makan harus menggunakan tangan, selesai makan jangan basuh dulu, Baca kalimah tu 7x satu nafas sambil mengepamkan penumbuk tangan kanan dengan padat. then tiup lah dekat lubang antara jari telunjuk dengan ibu jari. Sambil tiup , sambil menyebut HAQ dalam hati. Barulah boleh basuh tangan, yang tahu sisip jari tu, sisip lah jari dulu baru basuh.
Aku dah cuba test dengan orang tertentu, dia kata rasa dia melekat and bisa , nasib dia pandai buang sakit tuh. Alhamdulillah,
Banyak lagi cara guna kalimah atas tu, tp dirahsiakan lah, nanti salah guna.
2."Allah hu/Subuuhun kudduusun rabbu mala ikati waruh, laaillaha........ kun fayakun"
Ramai jugak yang tahu, amaln Allah Hu sebahagian dari ilmu nafas, yang nie susah nak buat, kang mampus sesak nak mati karang buat. Sebab dia tak tahan guna perut tp bawah perut. biarlah sekadar pengatahuan.Kalau di amalkan perut jugak takkan boncit besar nanti, kuat ilmu nafas nie, kuat lah satu badan, sendi-ii jugak boleh immune.
"Asyhadu Alla Illahaillah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah"
Yang nie mesti lah tahu kan, siapa tak tahu memang tak tahu nak kategorikan manusia jenis apa. Mengucap dua kalimah syahadah harus diucap dengan SATU nafas, tak boleh berhenti. Hanya membetulkan. Takkan lah kalimah yang pendek tak boleh membaca senafas, mustahil.
3."Ya Lathiff"
Ada orang kata, asma Allah nie boleh meng ghaib kan kita, yang nie aku jumpa dalam blog orang, siapa yang sanggup buat sampai 16ribu lebih boleh lah carik dekat google, insyaallah jumpa. Ada cara dia, setiap kali dibaca 129x ada bacaan dia. Siapa yang lepas nie memang aku kata rezeki awak lah, buat zikir cuma 2000 tangan dah jenuh. Good luck yang nak mengamal, cara dia ada dekat sebahagian blog dekat google.
4."Bismillahilazi,Layadurruma Asmihi Syai'un fil Audi, Walafis sama'i wahuwas sami'ul alim"
Amalkan kah 11kali tiap lepas solat, nanti rasa perubahan dalam hidup korang, dikatakan jugak kalimah nie boleh mengubat bisa dan racun binatang, belum aku cuba lagi tarik bisa nie, insyaallah satu hari nanti.
Haaaa, itulah yang nak di share, sebahagian dari 4 di atas, dah aku cuba, hasil dia memuaskan alhamdulillah, ingat wahai insan, ini yang manusia dok sibukk carik adalah sebahagian kuasa Allah , dan ia boleh dijadikan bekal untuk kita masa akan datang, sebaiknya Kenal lah Diri dahulu sebelum nak menguasai Ilmu Pembekal nie.