-->

★ Jalan Akhir Al-Ahmad NurAlif ★

Something To Share

Assalamualaikum.

       Nampaknya ada masa yang terluang, Haaa harini nak kongsi sedikit lagi amalan, hanya sebagai pengetahuan ,tatacara dirahsia kan. Kalau yang tak berat tatacara dia akan ditulis. Kalau yang berat kena rujuk and carik sendiri lah, takkan semua nak kena suap, lagipun tiap amalan lebih cepat sebati bila ada yang ijazahkan untuk amalkan. Just post gambar dalam jawi, malas nak tulis rumi. :)

  • Ayat Tawassul/Doa mandi 9salam.

  • Amalan dari silat cekak hanafi, di ijazah sendiri dari haji Ahmad tak silap lah tu nama dia  kepada pemuda yang dirahsia kan nama :P setengah orang cekak kecekapan tangkapan kaki tangan sebab mereka amal mandi ayat tawassul dengan latihan silat tu tersendiri.



  • Mahabbah surah Al Baqarah, surat Ali Imran.

  • Haaa, bagi mereka yang berat jodoh tu, boleh lah guna,ada potongan bacaan dia. insyaallah dengan berkat kesungguhan, orang yang dihajati lebih dekat and rapat. Guna hanya bila betul-ii ada niat bernikah. Jangan guna suka-ii buat test dekat orang -,- kesian minah tu nanti.Al-Baqarah:165 silap tulis number dekat gambar.



  • Nurun Nubuwwah.

  • Doa nie memang bagi effect yang tinggi bagi pengamal. banyak khasiat dia nie, doa nie ada 3peringkat, pertama yang di atas, kedua pendek sedikit dipercayai khotimah nubuwwah kedua ni terletak pada bahu kanan dan kiri rasulullah, and yanh ketiga yang paling pendek gabungan dari zikir tubuh, nyawa, ruh dan zikir bagi zat. Nak yang paling pendek tu carik lah dengan orang yang tahu. Pendek pon tp bila nak amal akan rasa berat. Dulu aku hafal yang panjang, test lah dekat tempat orang gaduh, Alhamdulillah gaduh tu tak jadi gaduh. Tp sekarang dah lupa, yang kedua dengan ketiga je yang masih hafal. Ada salah satu khasiat dia yang boleh menarik perhatian pengamal, percaya lah akan tertarik, Yang khotimah kedua untung lah sekarang dah ada yang post dekat google, cara bacaan je tak tertulis, takpon yang dekat dengan aku aku ada tulis dalam buku hitam hak milik Al-Ahmad NurAlif, tp macam lah aku nak bagi orang baca :3



  • Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi.

  • Yang nie ayat yang terakhir, act ada 4 ayat al kahfi yang boleh jadi khasiat untuk pengamal. ke empat ayat terakhir tak silap lah. Yang surah al-kahfi terakhir boleh dijadikan sebgai ilmu jaga. Baca sebelum tidur niatkan nak bangun jam berapa. Insyaallah akan dibangun dengan sendiri.



     Itu sahaja lah yang sempat dikongsi, carik lah guru yang sanad yang boleh mengbimbing duduk di dalam dunia cahaya, bukan dunia yang terang penuh dusta. Sadaqallahul 'adhim.

Posted by Unknown at 6:23 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

The Real Friendship

Assalamualaikum..

       Berkat hari ber amal, sejak aku asyik buat latihan , aku rasa macam puasa nie perkara yang indah, terjauh dari nafsu, ajar cara nak jihad nafsu dalam, walaupon ramadhan al mubarak makin hampir, tp still aku tak rasa sia-ii buat latihan , korang puasa 30hari, aku eheh, lebih dari 30. Tak payah cakap berapa hari, tp tetap lebih.

      Wahai ramadhan, Hari Seribu Satu Amalan, aku excited nak tunggu kau menjelang tiba, dah nama Bulan Seribu Satu Amalan, memang aku paling excited bila ramdhan nak datang, ada yang latihan perlu puasa, aku boleh buat masa ramadhan, kebetulan pon 30 hari, cant wait :')

       Okay, stop bercoleteh, Harini Friendship day, Hari Sahabat bukan? Meyh aku nak kongsi sedikit apa itu sahabat yang sebenar benar dikatakan sahabat  SEJATI. Serapat mana pon Manusia dengan aku, Aku di didik sejak kecik dari 7tahun. Tak terputus ada MESSENGER berkata dekat aku..

"Jangan Pernah Anggap Orang DiLuar Itu Sebenar Benar Sahabat, Yang Dikatakan Sahabat Sejati Tiada Diluar Tetapi Di Dalam. Dia Paling Dekat Dengan Kita.Ada Empat Sahabat Tiap Insan 24jam Bersama Tidak Akan Pernah Jauh Walaupon Seinchi.Serapat Mana Manusia tu Dengan Kita, Suatu Hari Dia Tetap Akan Pergi Meninggalkan Kita, Itu Bukan Dikatakan Sahabat."


         Korang kira lah dari aku 7tahun sampai sekarang 16 tahun, Tak pernah terputus aku dengar nasihat tu, Once A Year , takpon Dua, Tiga kali Setahun. Dari situ muncul lah satu persoalan dalam hidup perjalanan agama aku, kalau manusia bukan sahabat sebenar sahabat, Jadi siapa yang sebenar benar Sahabat Sejati dekat dalam nasihat berkurun lama tu?

  • PANJI.

  •         Salah satu sahabat adalah Panji-Panji Rasulullah, Orang ingat panji tu dekat luar bukan? Tapi panji Rasulullah yang nie paling dekat dengan kita, tidak pernah akan jauh walaupon SEINCHI. Mustahil? Haaa, Cariklah apa yang dikatakan Panji Rasulullah yang ada pada tiap insan. Panji Rasulullah dengan Panji Allah lain, harap faham.

  • EMPAT MALAIKAT.

  •          Empat malaikat, siapa lah yang tak tahu. Paling dekat jugak dengan kita, setiasa ada di empat penjuru. Kiri, Kanan, Depan, Belakang. Dia mengawasi tiap insan. Dan mereka rapat dengan orang yang kenal mereka, Paling rapat dengan yang Mengenal Dirinya. Ada terletak rahsia pada empat malaikat , carilah rahsia tu.


  • DIRI.

  •          Diri yang dikatakan bukan Diri yang zahir, macam mana orang kata, "Diri kau siapa" ,"Diri aku nama Ahmad Muhaimin lah" otak kau lah, ya jawapan tu memang betul , tapi yang nama tu aku panggil  Diri yang Zahir, Diri yang Mati jika tiada Diri yang HIDUP. DIRI yang dikatakan adalah Diri yang BATIN, dia yang menghidup DIRI yang zahir. Dia jugak salah satu sahabat kedua paling RAPAT dengan aku, Tidak akan pernah lari tinggal kan aku, MATI PON AKAN TETAP BERSAMA, PULANG JUA INSYAALLAH AKAN TETAP BERSAMA!.

      Disitu hanya ada Tiga, Carilah yang keempat. Keempat empat akan hidup bersama, mati jua bersama. Ini yang dikatakan sahabat sejati, bukan sahabat sampah jahanam tikam belakang . Dia hidup bersama sama dengan kita, Dia dah ada bersama dengan kita sejak dalam kandungan lagi. Sampai lah korang boleh berfikir, masa tu lah korang lupa dengan sahabat sejati korang yang masa bayi korang 24jam duduk main dengan 4sahabat sejati tu. Jangan lah tanya kenapa ramai sahabat yang selalu tinggal kan korang, Sedangkan korang dulu pernah tinggal kan sahabat sejati yang allah dah bagi sejak dalam kandungan lagi.Ini lah Qadha dan Qadar, dulu korang pernah tinggalkan Sahabat Sejati, jangan harap Allah nak bagi Sahabat Sejati yang lain.
       Cari lah Mereka, Mereka masih menunnggu Awak semua bersahabat dengan mereka semula.Cariklah sebenar Sahabat, beza kan lah antara Sahabat dan Kawan

Posted by Unknown at 4:48 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sedikit Kongsi Kongsi

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim,
       bahawa yang sedia kita maklum, puasa dah nak pon dekat. Alhamdulillah, orang-ii yang menjihad suka bulan ramadhan nie. Berkat dia tak terkata kan, lagi-ii yang beramal dengan latihan, lagi lah mujarab insyaallah jugak cepat sebati. Haa harini nak aku kongsikan sedikit .

  • 1."Waidza Bathostum Bathustum Jabbarin"
  •         Sedia maklum dia boleh menguatkan tumbukan,
    Cara dia simple, selama 40hari, tiap kali makan harus menggunakan tangan, selesai makan jangan basuh dulu, Baca kalimah tu 7x satu nafas sambil mengepamkan penumbuk tangan kanan dengan padat. then tiup lah dekat lubang antara jari telunjuk dengan ibu jari. Sambil tiup , sambil menyebut HAQ dalam hati. Barulah boleh basuh tangan, yang tahu sisip jari tu, sisip lah jari dulu baru basuh.
           Aku dah cuba test dengan orang tertentu, dia kata rasa dia melekat and bisa , nasib dia pandai buang sakit tuh. Alhamdulillah,
           Banyak lagi cara guna kalimah atas tu, tp dirahsiakan lah, nanti salah guna.

  • 2."Allah hu/Subuuhun kudduusun rabbu mala ikati waruh, laaillaha........ kun fayakun"
  •         Ramai jugak yang tahu, amaln Allah Hu sebahagian dari ilmu nafas, yang nie susah nak buat, kang mampus sesak nak mati karang buat. Sebab dia tak tahan guna perut tp bawah perut. biarlah sekadar pengatahuan.Kalau di amalkan perut jugak takkan boncit besar nanti, kuat ilmu nafas nie, kuat lah satu badan, sendi-ii jugak boleh immune.

  • "Asyhadu Alla Illahaillah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah"
  • Yang nie mesti lah tahu kan, siapa tak tahu memang tak tahu nak kategorikan manusia jenis apa. Mengucap dua kalimah syahadah harus diucap dengan SATU nafas, tak boleh berhenti. Hanya membetulkan. Takkan lah kalimah yang pendek tak boleh membaca senafas, mustahil.

  • 3."Ya Lathiff"
  •         Ada orang kata, asma Allah nie boleh meng ghaib kan kita, yang nie aku jumpa dalam blog orang, siapa yang sanggup buat sampai 16ribu lebih boleh lah carik dekat google, insyaallah jumpa. Ada cara dia, setiap kali dibaca 129x ada bacaan dia. Siapa yang lepas nie memang aku kata rezeki awak lah, buat zikir cuma 2000 tangan dah jenuh. Good luck yang nak mengamal, cara dia ada dekat sebahagian blog dekat google.

  • 4."Bismillahilazi,Layadurruma Asmihi Syai'un fil Audi, Walafis sama'i wahuwas sami'ul alim"
  •        Amalkan kah 11kali tiap lepas solat, nanti rasa perubahan dalam hidup korang, dikatakan jugak kalimah nie boleh mengubat bisa dan racun binatang, belum aku cuba lagi tarik bisa nie, insyaallah satu hari nanti.

   Haaaa, itulah yang nak di share, sebahagian dari 4 di atas, dah aku cuba, hasil dia memuaskan alhamdulillah, ingat wahai insan, ini yang manusia dok sibukk carik adalah sebahagian kuasa Allah , dan ia boleh dijadikan bekal untuk kita masa akan datang, sebaiknya Kenal lah Diri dahulu sebelum nak menguasai Ilmu Pembekal nie.

Posted by Unknown at 4:51 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Not To Late

Assalamualaikum..

 

Bismillahirrahmannirrahim,,
      Alhamdulillah, selesai task 40 malam aku, baru lah boleh masuk kerja balik lepas nie, and fokus task yang seterusnya, Ingatlah bagi mereka yang kasyaf, Kita membuka ia bukan untuk kelebihan, bukan untuk melihat yang ghaib, jin mahupon syaitan, Tapi adalah untuk mengenal akan Dirinya supaya Kenal akan Allah semata mata, supaya tidak ada hijab lagi bagi diri kita dari dunia sampai akhirat,

     Lagi satu , tadi ada baca makrifat tok kenali, Siapa tok kenali? Dia lah antara wali Allah yang mengenal.. Becerita pasal air yang mutlak. Air yang mutlak senang nak jumpa. Tapi yang sebenar benar dikatakan air yang mutlak yang dikatakan suci lagi menyucikan dan apabila mengambilnya Ia sendiri akan mengingati Allah nescaya Allah akan membersihkan Badannya zahir dan batin. Barulah kita berwuduk dengan sempurna, Kenal lah masa muda, baru jumpa Air mutlak yang dikatakan tu, Maka sempuna lah Solat kita, Wudhu itu akar, Solat itu pohon, jika tiada akar, Tiada lah pohonnya.

     Macam mana nak carik Air mutlak yang sendirinya mengingati Allah tue, yang suci lagi menyucikan , dan apabila berwuduk ia dapat membersihkan zahir dan batin ? Sebelum berwudhu, Ingatlah Allah, maka air yang diambil itu dengan sendiri nya akan mengingati Allah..Dan Allah akan membersihkan badanNya dari segi zahir dan batin. Cara nak ingat Allah, Kenal lah akan-Nya. Baru lah cukup syarat menyuci, dah tak payah mengamal cara menyuci dalaman, sebab bila dah duduk dalam Makrifat Allah kita akan suci dari zahir dan batin., Fahamkan, tanya lah pada para wali yang kenal akan Dirinya, kalau tanya orang yang tak tahu, entah apa yang dijawabnya.

 

  • Ilmu Allah itu luas,
         Kelebihan Allah tidak terhitung,
      Menyucikan pelbagai cara,
         Mengenal 4peringkat,
      Adalah untuk pulang kepada Yang Satu semata-mata.
  •     

  • Kalimah Syahadah Pegangan Hati,
      Selawat Dan Salam Keatas Diri,
          Muhammad Mana Didalam Hati,
       Itulah Hakikat Mengenal Diri.(wan)

Waallahualam.~

Posted by Unknown at 5:35 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Little Thing,

Assalamualaikum,

Bismillahhirahmannirahim,
    Harini punya post, alang-ii takda benda nak buat, tuan punya ini tempat nak kongsi sedikit, ia nya ilmu, dan juga amalan. Ilmu tanpa amal ibarat kulit tiada isi, Amal tanpa ilmu pon sama. Ilmu nie aku panggil ilmu menaikkan wajah tubuh, haa. Wajah itu nur, nur itu cahaya, so ilmu menaikkan cahaya badan. Ini just menampakan nur pada tubuh korang nampak bersinar je, kiranya bagi badan yg zahir nie bersinar, nak naik kan nur batin carik lah berguru :P

     Aku dah recheck, dia tak guna khadam, jin, syaitan dan sewaktu dengan nya, hanya potongan ayat al quran. Kalau ilmu yang ada khadam takpe, masih tidak menjadi syirik. Syirik jika khadam itu yang kawal kita,bukan kita yang kawal dia, kita sanjung dan sujud pada kuasa khadam tersebut. Yang berkuasa hanya Allah semata mata.Bahaya guna khadam kalau tak kuat nak control khadam tu, dapat khadam keturunan malaikat takpe lah jugak, kalau sebaliknya, haaaa o.O

  • Okey, berhenti membebel,

  •       "Bismillahhirahmannirahim, robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai'in qadir. (At-tahrim:8)"

  • Maksudnya,

  •      "Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

     Niatkan lah dalam hati atas segala sesuatu semata mata Allah jua, Niatkan Allah naikan aura sinar badan kita. Ingat ! Niat harus betul hanya untuk menaikkan cahaya pada badan kita, bukan untuk menunjuk dan bangga yang kita punya badan bersinar supaya nak bagi orang melekat dekat kita. lakukan  tiap kali nak menyisir rambut, basuh muka lagi bagus buat masa mandi.

Cara dia senang:
      1.Sebaiknya lakukan ketika mandi biasa atau mandi junub,lebih afdal niatkan mandi junub, kerana ketika mandi lah waktu air dibasuh dari rambut sampai kaki.(melainkan si mandi kerbau)
     2. Pada tujuh jirusan pertama ketika mandi kita kena buat, 
     3.Jirusan pertama,Tarik nafas sehalus dan dalam yang mungkin, jirus air atas kepala perlahan-ii sambil baca surah At-tahrim:8.
     4.Sesudah jirus perlahan-ii sambil baca, jangan lepas nafas lagi, masih dalam keadaan tahan nafas, guyurkan air ,rata kan air tu sampai ke kaki. Barulah lepas kan nafas dengan mengdongaknkan kepala ke atas, lepas nafas ke atas, jangan lepas ke arah badan.
     5. Jirusan kedua sampai ketujuh buat tatarcara yang sama. Complete 7jirusan barulah mandi macam biasa.

     Haaaa, barulah korang mandi tak mandi kosong, biar hidup seharian kita penuh dengan zikir, sentiasa ingat Allah. Baru lah dikatakan satu kehidupan. Nie boleh dikatakan dalam kategori ilmu mahabbah (pengasih) yang ni jelah yang selamat dikongsi. Yang lain bahaya, nanti ada yang salah guna. Aku jugak yang susah..


  • Lebih afdal sebelum memulakan apa-ii amalan hadiahkan al fatihah pada.

  • 1.Nabi Muhammad s.a.w
    2.Nabi Allah khidir
    3. Empat sahabat dan Empat Malaikat,(sebut nama mereka)
    4, Wali allah, Wali 9 (jika tahu nama,sebut nama mereka)
    5. Ibubapa (lebih afdal sebut nama mereka)
    6. Keturunan, seluruh keluarga
    7. Diri sendiri
    8. Lain-ii jika perlu dan sebutkan nama mereka


    Ingat, bahawa segala amal ilmu perlu berusaha, bersungguh sungguh,niat yang betul,berserah segala kepadaNya.Kalau sesuatu tak menjadi tu, adalah yang tak kena. Segala sesuatu terjadi atas izin Allah . Sekian`~

Posted by Unknown at 5:45 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pendek kata, 1000 makna

Assalamualaikum,

     Sekian lama Dah lama tak mengetype dekat sini, malas nak berfikir -, -  tuan blog buzy sebenarnya, busy melengkor.. Dekat sini, harini, pada tarikh ini, ingin aku kongsikan sedikit lah, sikit je, satu kalimah yang sering digunakan , lagi-ii dengar khabar berita orang wafat. Haaaa

     Aku saja nak menerapkan dekat sini, maksud dia yang orang-ii biasa selalu sebut tapi tak fikir mendalam dengan maksud kalimah tersebut.

  • "Innalillahi Wainna Alayhi Roji'Un"

  • Macam yang orang kata,  dia boleh disebut walaupun bukan bila sahaja ada kewafatan seseorang. Seperti mana maksud nya:
    "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
        
  • Bila aku dengar orang sebut kalimah tu, aku nak je cakap, sedar pon diri kau kepunyaan allah, bukan apa,  aku nak mendalamkan lagi maksud dia. Sebagai singkatan "Dari Allah kami datang, kepada Allah kita pulang"
  •     
  • Dalam maksud yang tadi, berkata "kami kepunyaan Allah" tapi kenapa masih ada yang mengaku segala daya, kuasa dan pergerakan itu mereka yang buat. Kalau dah tahu yang kita kepunyaan Allah, maka berserah lah kepada Allah, Mati lah sebelum dimatikan, dah tak payah mengaku segala sesuatu yang kita lakukan memang bukan kerja kita. Kerja kita hanya mengikut..

     Dan disitu jua ada berkata kepada Allah jua kamu pulang, terang-ii dia kata kepada allah yang harus kita pulang, jadi sekarang? Kemana yang sepatutnya kita pulang? Kalimah yang pendek dan ringkas mempunyai ibarat 1000 makna kalau difahamkan dlam lagi.
     Ingatlah, bahawa, kita hanya yang mati, tiada daya dan kuasa pada kita,  semata-ii Allah. Segala sesuatu yang terjadi, perbuatan atas izin allah jua. Sama macam bermaksiat. Memang Allah izin kan kita bergerak untuk buat maksiat kan? Kalau tak memang dah lama takda maksiat dekat bumi ni,  Ibarat Allah berkata

"
buatlah maksiat sepuas-ii, aku izinkan, tp ingatlah neraka tak pernah kenyang menelan insan seperti kamu dan sentiasa menunggu insan seperti kamu dihumban kedalam nya."

     Kata-ii tu ibarat kan je , :) maka faham kan lah, ia bagus kalau ditimpa musibah jugak sebut kalimah tu, sebab bagi menyedarkan bahawa kita ini milik Allah sepenuhnya. Cuma yang maksud yang berkata "Kepada Allah jua Kamu pulang" cuba lah berfikir, jangan hanya guna akal, guna iman guna la hati. Atau tanya pada guru yang mursyid kalau diizinkan berjumpa.

Posted by Unknown at 4:10 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Beloved who?

Assalamualaikum..


     Boring sungguh cuti ini, no job, no planning, brrr~ hate this holiday.. but the good is .. no homework :3 yeahhh~ hahaha.. Teringat masa stuck dalam lift dekat singapore storhub .. Cuak tuwh cuak lah jugak.. Emi sampai nak bernafas pon susah. tp aku normal je. weirdd~ Dahla penat ada sikit lagi tenaga. habes untuk bukak pintu lift. Paksa badan habis habisan haritu.. naseb kerja haritu habes boleh la jugak ontime, bukak hanya 15minit. :D my first  record! so emi takda lah kecewa dengan aku,..

     Dah dapat keluar dari lift. Baru police,ambulance, bomba datang.. Kebabian apakah ini? we just stuck in the lift -,- not burnt in the lift.. Tapi aku suka dengan kerja korang walaupun lambat -,- Alhamdulillah tak kantoi pasal aku kerja dekat sana.. kalau tak habes syarikat emi.. Tapi haritu memang detik berdikari aku sorang-ii.. tanpa kawan.. and aku berjaya lalui..

     Emi mesti pelik sebab aku diam je time kerja :P memang ah .. takda kawan nak bergelak.. So aku serius jelah dengan job.. Gaji pown dapat extra 10dollar.. Yeahhh~ hahaha. terbeliak mata bila emi bagi 50dollar.. selalunya 40 je dapat.. hey~ 50dollar untuk pasang bukak berbaloi di malaysia.. Sehari kerja dapat rm120 .. See? aku buktikan aku tak datang lambat lagi, and boleh buat kerja..

     Lagi satu. tengok gambar itu.. Ini lah perbezaan SG and MY.. kalau singaporee takkan ada orang macam nie..Pendapat kami ada dua, PENAT or MABUK between that Haha. Dekat depan mak manja boleh kau landing macam tuwh xD memang jadi bahan lah.. Dalam 1jam aku dekat mak manja. baru reti nak bangun eh kau apek, nyenyak kau tidur.. Aku cakap lah dekat Kawan aku

"Dia sedar tak yang banyak gambar dia dah banyak di snap orang disitu, famous lah kau apek"
 

      Know what? She my sunshine. and me her sweetheart? hahaha.. i always miss you,  Betapa sayangnya saya dekat awak. The only person that still in my heart.. bertaktha selama setahun tiga bulan dah.. Walaupun tak pernah jumpa kenal dalam twitter je kan.. :') really want to met you .. Really really want and i means it.. Budak ini teramat comel dan suka buat muka bila bergambar.. Betul right intan?  :P Sayang abang forever ok? nanti besar kahwin je dengan aku .. Jangan ada satu pon kawan aku yang usha kau adeq.. Aku belasah orang tuwh nanti.. Anggap aku macam abang kandung kau tau :* and aku jaga kau macam awek aku x)

Posted by Unknown at 6:53 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Al-Ahmad Nuralif

Al-Ahmad Nuralif
  • Given Ahmad Muhaimin, Al-AhmadNurAlif Laela,,
  • 1997,Mencari Agama(Jalan)pada 2011,tahun 2013 mula sebenar benar jalan yang akan berbentuk satu Pohon Berbuah dan Berbunga Sempurna..
  • Hanya Allah dan Muhammad semata mata
  • Awaludin Makrifatullah akan aku cecah pada Martabat.

Blog Archive

  • ▼  2013 (24)
    • ▼  December (1)
      • Aku Menghilang? Azimat,Rajah,Wafaq
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (11)

Hakikat Fiqh

Hakikat Fiqh
  • Fiqh dan Hakikat sememangnya jauh berbeza, tapi kami duduk di bawah satu cerita,bercabang berjuta tapi menuju tetap pada yang Esa.

Hakikat (Click For Muqadimah)

Hakikat (Click For Muqadimah)

Asma Al-Muhaimin

Asma Al-Muhaimin

7th AsmaWaSifat

7th AsmaWaSifat

4 Asma Wa Sifat

4 Asma Wa Sifat

Asma Suraya

Asma Suraya

Asma MS

Asma MS

Asma 7th MS

Asma 7th MS

Asma Ameera

Asma Ameera

Asma Tiara

Asma Tiara

Asma Amy Athirah

Asma Amy Athirah

Asma Ridzuan

Asma Ridzuan

Asma Asyraf

Asma Asyraf

Asma Farhin

Asma Farhin

Asma Hidayah

Asma Hidayah

Asma Suhadi

Asma Suhadi

Asma Aqilah

Asma Aqilah

Asma Laduni

Asma Laduni





 Silentser.
Al_Insanur. Powered by Blogger.
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}